berita

Alif Satar Anggap Kongsi Pengalaman Di Makkah Sebagai Dakwah Kecil – ‘Untuk Beritahu Seronoknya Haji’

August 31st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Alif Satar

Penyanyi dan pelakon Alif Satar menyatakan tujuan dia berkongsi pengalaman di Makkah kepada pengikut di media sosial adalah untuk menunjukkan betapa seronoknya mengerjakan ibadah haji.

Artikel Berkaitan: ‘Berenang 4 Kilometer Kat Laut Aku Gagah Lagi’ – Alif Satar Menangis Dapat ‘Surprise’ Dari Anak

Artikel Berkaitan: Alif Satar Imbau Kenangan Tinggal Di Rumah Flat – ‘Jangan Lupa Asal Usul Kita …’

Dakwah kecil

Alif Satar

Ketika ditemui OhBulan!, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata, dia turut menganggap perkongsian yang dimuat naiknya itu sebahagian daripada dakwah kecil yang dilakukan.

Tujuan saya berkongsi pengalaman haji sebelum ini, saya anggap itu sebahagian daripada dakwah kecil yang dilakukan.

Untuk beritahu anak-anak muda atau sesiapa yang follow saya di media sosial tentang betapa seronok dan indahnya ibadah haji.

Saya sedar diri saya tidak sempurna, tapi bila saya dapat sampaikan betapa seronoknya ibadah ini untuk orang lain, mengapa tidak saya sebarkan kebaikan itu.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di Strand Mall, Kota Damansara, pada Rabu.

Sementara itu, disoal adakah dia akan lebih selektif dalam memilih watak memandangkan sudah bergelar haji, Alif berkata dia tidak kisah mengenai watak yang ditawarkan.

Saya tidak pernah memilih watak dan saya tidak kisah bawakan watak apa pun. Apa yang saya fikirkan soal cara pembawakan sesuatu watak itu.

Bukan nak kata tiba-tiba dah balik dari buat haji saya memilih watak. Saya akan sentiasa disiplin dalam apa saya lakukan.

Tapi sebelum buat haji pun rasa saya tidak pernah buat watak yang bukan-bukan. Bukan soal selektif atau memilih tetapi bagaimana cara pamerkan watak.

Sekitar Jun lalu, Alif dan isteri iaitu Sha Dila telah berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.

SKIP THIS AD ×