Rata-rata anak seni dalam industri pasti mengagumi mestro muzik negara, Datuk M Nasir yang sudah hampir 46 tahun berkecimpung dalam industri seni.
Begitu juga penyanyi dan pelakon, Alif Satar yang mengidolakannya dari kecil.
Artikel Berkaitan: Konsert M N45IR Cipta 2 Dibanjiri 8,000 Penonton, ‘Dihujani’ 10,000 Keping ‘Duit Raya’ Dalam Stadium
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Satar Pesan Pegang Teguh Pada Al-Quran & Sunnah, Akui Dunia Semakin Mencabar – ‘Kalau Ikut, Confirm Tak Sesat’
Terima kasih jadi inspirasi!
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Alif mengucapkan tahniah pada pelantun lagu ‘Mentera Semerah Padi’ yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Istiadat Konvokesyen ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini.
Ujarnya di kapsyen, dia berterima kasih kerana M Nasir menjadi sumber inspirasi kepada anak seni.
Kalau tiada yang lama, tiada lah yang baru.
Tahniah Dato Dr M Nasir. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada kami, anak seni tanah air.
Kagum dari kecil
Tambah pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, M Nasir merupakan anak seni yang diminatinya sejak dari kecil lagi.
Antara individu yang aku kagum dari kecil.
M Nasir adalah contoh atau lambang yang sesuai diungkapkan sebagai seorang yang serba boleh.
Daripada skin filem hingga ke konsert, semua habis terjual. Serta, lagu-lagu popular hasil ciptaannya unutk lagenda karya seni dan lukisannya yang dipaparkan di galeri seni.
Apatah lagi semangatnya terhadap kerja-kerja keperimanusiaan. Inilah orangnya.
Dalam pada itu, Alif sempat mengesyorkan pengikutnya untuk menonton sesi temu bual Dato M Nasir bersama Dj Nazz di Youtube untuk turut terinspirasi.
Sumber: Instagram alifsatar