Penyanyi dah pelakon, Alif Satar tampil menjelaskan sebab sebenar dirinya menyertai program realiti nyanyian ‘One in a Million’ pada tahun 2006 yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Satar ‘Excited’ Dapat Beli Payung Rolls Royce Berharga RM5,000
Nak jadi pilot rupanya
@hitamputih.suhanchannel Alif Satar sebenarnya bukan nak jadi PENYANYI EP 10 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 2] – PART 3 @alifsatar ##podcasthitamputihkehidupan ##suhanchannel ##usanita ##whatsnext##alifsatar#fyp ? original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan
Menerusi sesi podcast bersama Suhan Movies, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, penglibatannya pada ketika itu hanyalah untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang juruterbang.
Pendedahan Alif itu ternyata mengejutkan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor yang ternyata hairan dengan kenyataan pelantun lagu ‘Cukup Indah’ tersebut.
Saya join One in a Million dulu tu sebab saya nak jadi pilot ja sebenarnya. Okay baik sabar, benda boleh bincang.
Okay waktu tu umur 16 tahun, saya cakap dengan mak ayah yang saya nak jadi pilot. Bila mak dan ayah dengar saya cakap macam tu mereka terus bawa saya ke lapangan terbang di Subang sebab mereka nak sokong anak dia ni punya minat.
Dan saya pernah bawa satu pesawat dua tempat duduk (two seated aircraft) nama dia ‘Eagle’ pada ketika itu.
Namun begitu, penyanyi berusia 33 tahun itu mendedahkan, kos yang perlu dikeluarkan bagi menampung pengajiannya untuk menjadi seorang juruterbang adalah sebanyak RM250,000 pada ketika itu.
Bila dah cuba tanam minat pada saya, ayah Alif tanya, ‘Betul nak jadi pilot?’. Saya pun cakap, ‘Ya memang nak jadi pilot’.
Lepas itu ayah saya kata kos pembelajaran untuk menjadi seorang pilot adalah sebanyak RM250,000. Ayah saya cakap, ‘I am not going to pay for this but you have to work for it’.
Nak dijadikan cerita, pada satu hari ayah kepada pelakon drama ‘Risik Pada Hati’ itu memanggil dirinya di kediaman mereka selepas terlihat iklan mengenai pertandingan ‘One in a Million’ melalui surat khabar.
Saya pula masa usia-usia belasan tahun macam tu, saya dah biasa sertai pertandingan karaoke. Bila masuk menang pula tu dan kadang-kadang menang RM50, kadang-kadang tu dapat RM100.
Satu hari tu, ayah saya tengah baca surat khabar ternampak iklan mengenai satu pertandingan nyanyian di televisyen.
Lepas tu dia pun panggil saya dan tunjuk iklan tu, ‘See, ada pertandingan One in a Million. Hah inilah yang akan bantu bayar kos ‘piloting school’ awak nanti’.
Sekadar info, Alif yang menyertai program ‘One in a Million’ pada 2006 berjaya merangkul tempat ketiga di belakang juara Suki Low dan Faizal Tahir yang menduduki tempat kedua.