Sejak beberapa bulan yang lalu, selebriti versatil iaitu Alif Satar telah berjaya menghimpunkan ribuan orang serta anak muda untuk menyertai kempen solat Subuh berjemaah di masjid yang dianjurkannya.
Inisiatif yang dilakukannya itu turut mendapat perhatian seorang pempengaruh terkenal luar negara yang dikenali sebagai Razia Hamidi.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Tak Peduli Komen Negatif Kempen Geng Subuh – ‘Saya Buat Kerana Allah’
Razia puji Alif
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Razia memuji tindakan serta usaha pelantun lagu ‘Sesungguhnya Aku’ itu untuk menghimpunkan mereka yang beragama Islam menunaikan solat Subuh secara berjemaah pada setiap hari di masjid.
Razia juga tertarik dengan kelantangan Alif yang mempersoalkan tindakan orang Islam yang sentiasa mengecam kekejaman serta penindasan yang dilakukan Israel ke atas Palestin namun takut untuk bangun pagi menunaikan solat Subuh di masjid.
‘Macam mana nak tolong rakyat Palestin kalau bangun Subuh pun korang takut?’
Awak berjaya memberikan inspirasi buat semua orang, Alif. Masya-Allah, mari kita mulakan transformasi dalam kalangan Muslim secara global.
Kita perlu bermula dengan merevolusikan ibadah kita. Bolehkah kita menjadikan gerakan yang dilakukan Alif ini sebagai satu gerakan global di dunia Islam?
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Alif yang menitipkan ucapan terima kasih atas pujian yang diberikan kepadanya.
Menurut Alif, inisiatif yang dilakukannya itu hanyalah bertujuan untuk membantu seluruh umat Islam menjadi kuat untuk bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Komen Alif
Sumber: Instagram