Baru-baru ini, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 tahun.
Terbaharu, Alif Teega menitipkan ucapan istimewa buat Aisyah menerusi satu hantaran di Instagram.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Kerana Jadikan Saya Seorang Isteri Yang Bahagia & Tabah’ – Aisyah Hijanah
‘Selamat ulang tahun sayang’
Menerusi hantaran tersebut, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani memuat naik video dia sedang memilih cincin buat isteri serta reaksi Aisyah apabila menerima hadiah tersebut.
Isteri saya meningkat usia ke-26 tahun. Alhamdulillah ! Semoga umur Aisyah berkat, dan diredhai Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, kurniakan jannatul firdaus. Selamat ulang tahun sayang.
Menurut Alif, sepanjang hidupnya bersama Aisyah banyak ujian dan juga rintangan yang telah mereka lalui, namun Aisyah tetap mampu menghadapinya segalanya.
Tambahnya lagi, dia sentiasa bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang hebat dan kuat dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.
Selama Abang hidup dengan Aisyah, banyak ujian yang Aisyah lalui tapi Aisyah hadapi dengan baik. Itu menjadikan Aisyah istimewa, berbeza. Hidup ini sukar, tetapi tidak kira apa pun kehidupan yang menghampiri Aisyah, saya tahu awak boleh melaluinya.
Abang kenal Aisyah, Aisyah wanita yang sangat hebat. Saya sentiasa bersyukur memiliki awak. Terima kasih atas kasih sayang awak yang tidak bersyarat.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Alif yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain. Tujuan perkongsian perkara tersebut kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram