Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz mengajak pengikutnya di media sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Artikel Berkaitan: ‘Repost’ Foto Ruhainies Bersama Lelaki Lain Di IG, Aliff Aziz Tanya, ‘Ini Ke BF Yang Kononnya Saya Nak 1 To 1 Tu?’
Artikel Berkaitan: Ibu Nafi Berita Aliff Aziz & Bella Astillah Sudah Berbaik – ‘Terima Kasih Atas Fitnah Ini’
1,000 kali sehari
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Bin Aziz mengingatkan pengikutnya tentang ganjaran yang diperoleh jika menjadikan selawat sebagai rutin harian.
Jom sama-sama kita cuba amalkan selawat yang sangat ringkas tapi sangat besar fadilatnya. 1,000 kali setiap hari selama 40 hari tanpa putus.
Dan azamkan semoga Allah izinkan kita beramal sampai hati kita dijemput kembali kepadaNya.
Ujar pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu, untuk menyebarkan kebaikan tidak perlu menunggu diri menjadi baik.
Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan.
Dengan sebarkan kebaikan, kita minta Allah jadikan kita semua orang yang baik.
Sumber: Instagram iamaliffaziz