berita

Aliff Aziz Dijaga Tiga Pengawal Peribadi, Tenang Sambil Pimpin Tangan Ibu Menuju Ke Bilik Perbicaraan

April 4th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

alif mak

Selepas gagal hadir pada sebutan pertama, penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz akhirnya munculkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira jam 12:00 tengah hari bagi sebutan kedua kes cerai talak dengan kebenaran mahkamah terhadap isterinya, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Aliff Akan Menyatakan Pendiriannya Sama Ada Mahu Lafaz Cerai Atau Tidak’ – Peguam Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Kereta Dipakai Aliff Hadiah Pemberiannya, Ada GPS Tracker – ‘Dia Pergi Pavillion Suites Lebih Lapan Kali’

Ditemani ibu dan bapa

alif mak

Aliff yang mengenakan baju serba hitam dan lengkap bersongkok kelihatan tenang berjalan sambil memimpin tangan ibunya, Siti Hafizah Basharahil.

Namun, aktor itu enggan memberi sebarang kenyataan ketika disoal mengenai harapannya pada hari ini.

Selain ibunya, Aliff turut ditemani bapanya, Aziz Sapdan dan beberapa orang pengawal peribadi.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.

SKIP THIS AD ×