Penyanyi Aliff Aziz menyedari kehadiran pelakon Sophia Albarakbah pada konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Belum Sedia Bercinta
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Melakukan Yang Terbaik Untuk Awak & Anak-Anak Kita’
Sedar kehadiran Sophia Albarakbah
Ketika ditemui OhBulan!, Aliff bagaimanapun berkata kehadiran aktres itu tidak menjadi masalah buatnya memandangkan konsert berkenaan berkonsep terbuka dan boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja.
Saya perasan semua orang yang datang, saya nampak dia (Sophia) datang dengan Aisha Retno. Pada saya ini adalah majlis yang sesiapa pun boleh datang, ia terbuka.
Tak akan saya nak kata orang itu boleh datang, orang ini tak boleh datang. Saya rasa dia datang hanya mahu enjoy the show.
Untuk saya komen lebih mengenai apa perasaan saya bila lihat dia, itu macam soalan yang kurang sesuai. Saya perasan dia datang pun masa saya naik pentas dan nak mula nak nyanyi.
Tambah Aliff lagi, dia hanya mahu memberikan fokus pada nyanyiannya dan ingin menampilkan persembahan yang terbaik berbanding memikirkan tentang hal yang tidak sepatutnya.
Pada saya, berdiri di atas pentas itu hanya menjalankan tanggungjawab dengan menyanyikan lagu yang diberikan sebagai tugasan secara sebaik mungkin.
Selain daripada itu, mungkin tidak patut untuk diperkatakan. Siapa yang datang, siapa bawa siapa yang datang, untuk apa mereka datang, itu bukan salah satu perkara yang perlu difikirkan.
Sementara itu, ketika disoal mengenai keterbukaan sekiranya berada dalam satu acara yang sama dengan Sophia, pelantun lagu Sayang-Sayang itu menjawab mereka berada dalam indsutri yang sama yang akhirnya pasti akan berjumpa.
Pada saya, kami berada dalam industri yang sama, industri hiburan. Pusing-pusing pun akan jumpa orang yang sama.
Terdahulu, nama Sophia kecoh menjadi bualan hangat netizen selepas isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mendedahkan aktres itu mencuba mengganggu rumah tangga mereka.