
Perkongsian di Instagram milik penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencuri perhatian warganet apabila dia memuat naik video sedang menyanyi di dalam bilik air.
Artikel Berkaitan: Buat ‘Paranormal’ Dengan Aliff Aziz, Cik Lan Ambil Kesempatan Minta Dukung
Suara sedap

Menerusi hantaran tersebut, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 34, dilihat mendendangkan lagu Siapa Yang Merampas Cintamu yang dipopularkan kumpulan Ukays dengan penuh penghayatan.
Di ruangan kapsyen, penyanyi kelahiran Singapura itu berkata menyanyi dalam bilik air memberikan suasana dan ‘mood’ yang berbeza kerana gema yang terhasil menjadikan nyanyiannya lebih ‘feel’.
Gema dalam bilik air memberikan satu vibes yang lain.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kelunakan suara pelantun lagu Sayang-Sayang itu yang disifatkan semakin matang dan merdu.
Tidak kurang juga yang menyifatkan Aliff memiliki pakej lengkap sebagai penyanyi dan pelakon kerana bukan sahaja berbakat, malah mempunyai rupa paras menarik serta fizikal yang tegap.
Sumber: Instagram








