Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz gembira dapat bertemu semula dengan isteri dan anak-anaknya, selepas sembilan bulan terpisah gara-gara pandemik yang sedang melanda dunia.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ayden Mahu Daddy, Ayden Nak Pergi Singapura’
Di Instagram, Aliff memuat naik satu video momen indah ketika mereka sekeluarga kembali bersama.
Undescribable moment
View this post on Instagram
I miss you, I love you. Sayang Daddy tak? Kiss Daddy.
Menerusi video yang dihasilkan Budak Tadika, anak sulung Aliff iaitu Ayden, kelihatan berlari menuju ke arah ayahnya sebelum mereka berdua saling berpelukan. Aliff juga turut mengucup dahi anak-anaknya dan memeluk isteri tercinta ketika pertemuan itu. Aliff dan Bella turut membeli hadiah dari sebuah kedai permainan kanak-kanak untuk anak mereka.
Terdahulu, Bella terpaksa memasuki dewan bersalin secara sendirian tanpa ditemani suami disisi untuk melahirkan anak kedua mereka. Ini kerana, Aliff masih berada di Singapura pada waktu itu dan pintu sempadan negara masih lagi ditutup. Walaubagaimanapun, Bella memberitahu bahawa Aliff tak lupa tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.
I’m crying
Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat keluarga tersebut bersatu semula.
Sumber: Aliff Aziz