Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Khalwat?
Mengaku tidak bersalah
Pengakuan tersebut dibuat Aliff di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Saya faham dengan pertuduhan. Saya mengaku tidak bersalah.
Sementara itu, Ruhainies turut membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim dan meminta untuk dibicarakan.
Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.
Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu.
Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.
Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.
Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Video
@ohbulanofficial Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tak bersalah berkhalwat ? #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #bersalah #berkhalwat