
Tak dinafikan, sesi siaran langsung nightwalk paranormal yang menampilkan penyanyi Aliff Aziz bersama pengacara Roslan Shah menghiburkan ramai penonton di media sosial.
Netizen terhibur

Sepanjang siaran langsung, gelagat spontan kedua-duanya yang bersahaja membuatkan netizen tidak kering gusi menyaksikan aksi mereka.
Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan penyanyi kelahiran Singapura itu mempunyai ‘chemistry’ apabila bergandingan dengan Roslan atau lebih mesra dengan panggilan Cik Lan.
Orang ramai turut menyifatkan Aliff dan Cik Lan berjaya menceriakan suasana ‘seram’ itu dengan telatah spontan mereka.
Susulan daripada itu, pelantun lagu Sayang Sayang berkenaan meluahkan rasa terharu selepas membaca komen peminat mengenai penglibatannya dalam sesi siaran langsung tersebut.
Seronok baca semua komen tentang nightwalk malam tadi. Alhamdulillah nampaknya korang semua betul-betul enjoy eh.
Dia turut gembira dan bersyukur kerana program itu mendapat sambutan serta diterima baik oleh penonton yang setia mengikuti dari awal hingga akhir.
Sumber: Instagram Aliff Aziz








