berita

Aliff Aziz Tak Mahu Komen Dakwaan Curang Dengan Oktovia Manrose

February 27th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memohon diberi ruang dan waktu selepas berita kecurangan seperti yang didakwa isterinya, Bella Astillah mula menjadi sebutan netizen sejak hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Aliff dikatakan enggan memberi komen lanjut memandangkan dirinya sedang berbincang mengenai perkara tersebut dengan keluarga.

Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini.

Buat hal lagi

Kecoh di media sosial hari ini apabila isteri Aliff Aziz, Bella Astillah meluahkan rasa kecewa setelah mendapat berita kecurangan suaminya itu daripada seorang individu.

Menerusi screenshot perbualan yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, Bella mempersoalkan tindakan pelakon baru, Oktovia Manrose dan suaminya berhibur ke kelab malam. Suaminya itu juga didakwa telah berubah sikap setelah tamat penggambaran bersama pelakon wanita itu.

Hanya sebagai rakan

Menerusi Instagram Oktivia Manrose pula, dia mengakui keluar bersama Aliff, namun hanya sebagai rakan. Mereka juga keluar, bukan berduaan malah ada teman lain turut serta. Pada masa yang sama, dia meminta Bella untuk hentikan membuat kecoh  berkaitan yang dia mabuk tanpa sebarang bukti.

Silent is better

Melalui ruangan komen Bella, Oktovia turut meninggalkan komen silent is better now dan thank you Bella, u win! Ternyata komen yang ditinggalkan mempunyai maksud yang tersirat namun wanita berkenaan memilih jalan untuk berdiam terlebih dahulu.

Reaksi netizen

Pelbagai netizen meninggalkan komen buat Bella, ada yang meminta wanita itu bersabar dan berfikir mengenai soal anak manakala ada juga yang puji tindakan Bella kerana memberi pengajaran buat suaminya itu.

Sumber: Harian Metro, Bella Astillah & Oktivia Manrose

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×