Pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan selamat hari jadi buat pelakon jelita, Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz & Bella Astillah Cerai Kali Kedua, Tiada Peluang Ke-12
Mohon maaf atas segala kekurangan
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz ini memuat naik gambarnya yang sedang menaiki basikal sambil merenung wajah Ruhainies sewaktu penggambaran drama yang dibintangi mereka.
Selain ucapan hari jadi, pelantun lagi ‘Sayang Sayang’ itu turut memohon maaf kepada Ruhainies atas segala kesilapan dan kekurangannya sepanjang perkenalan singkat mereka.
Selamat hari jadi kepada awak dan semoga awak dilimpahkan dengan kebahagiaan pada hari istimewa awak dan semoga awak berjaya mengecapi kejayaan di tahun-tahun mendatang.
Semoga Dia memberi awak keberkatan di atas setiap kebaikan yang telah awak lakukan dan saya minta maaf bagi pihak diri saya serta kami semua diatas kekurangan yang berlaku.
Terdahulu, Ruhainies telah menyambut hari lahirnya lebih awal dengan menganjurkan majlis bacaan yasin bersama anak-anak yatim.
Imbas kembali, nama Aliff dan Ruhainies menjadi bualan hangat selepas ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium mewah yang terletak di Pavillion, Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.
Sumber: Instagram Aliff Aziz