berita

‘Aliff Is Feeling Lost & Despair, Perlukah Kita Bersorak?’ – Bella Astillah

June 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam viral di media sosial mengenai video penyanyi Aliff Aziz seakan marah ketika berbual dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Selain itu, imej Aliff yang mempunyai inai di tubuh badan juga turut menjadi tular dan dipersoalkan netizen.

Menerusi Instagram Bella Astillah, dia meluahkan rasa sedih dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu. Tambahnya, Aliff mungkin berasa kehilangan dan berputus asa selepas perpisahan mereka.

Doa yang baik-baik

https://www.instagram.com/p/BzCUvoQDyWh/

Menerusi Instagram Bella, dia sangat sedih atas dugaan yang menimpa bekas suaminya itu kerana Aliff tetap ayah kepada anaknya. Tambahnya, isu yang terjadi sekarang sangatlah memeranjatkan dirinya dan ahli keluarga. Bella turut berkongsi bahawa Aliff dianiaya oleh orang yang baru sahaja dia kenal dalam video tersebut.

Bella turut meminta netizen untuk mendoakan yang baik-baik buat Aliff kerana pengakhiran hidup setiap individu belum pasti kita mengetahui. Buat bekas suaminya, dia turut berpesan agar jangan meremehkan hal yang berkaitan dengan depression.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen puji dengan sikap Bella yang masih memberi sokongan terhadap bekas suaminya itu walaupun pelbagai dugaan dan cabaran pernah dilaluinya sendiri.

Sumber: Bella Astillah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×