berita

Aliff Syukri Buat Netizen Berdekah Gelak! Kali Ini Mengaku Suara Sama Macam Cakra Khan

July 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut, nama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian netizen. Namun kali ini mengaitkan nama penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Artikel berkaitan: Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Mohon Maaf & Serah Semula Takhta Penyanyi No.1 Pada Siti Nurhaliza

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Hanya Gurau Gelar Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Negara – ‘Janganlah Ambil Serius’

Artikel berkaitan: Cakra Khan Dapat ‘4 YES’ Dalam America’s Got Talent

Artikel berkaitan: Cakra Khan Teruja, Video Uji Bakat America’s Got Talent Akan Disiarkan Minggu Hadapan

Suara kamu kayak suara aku

Baru-baru ini, Cakra menerusi perkongsian di laman Instagram ada memuat satu foto ketika menghadiri ujibakat America’s Got Talent. Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat persembahan Cakra pada waktu itu.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah komen yang ditinggalkan Aliff di ruangan balas perkongsian berkenaan.

Tertarik dengan komen tersebut, netizen berseloroh dan mengakui Aliff mempunyai suara sama seperti Cakra.

Terdahulu, Aliff Syukri turut berseloroh dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza bahawa dia penyanyi nombor satu negara.

Sumber: Cakra Khan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×