Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri meraih perhatian netizen dengan gambar yang dimuat naik ketika zaman mudanya dahulu.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Terima Tawaran Jadi CEO? Syarikat ‘Offer’ Gaji Pokok Cecah Ratusan Ribu – ‘Patut Ke Saya Terima?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri, Shahida Kongsi Pengalaman Hampir Tidur Lokap & Diserbu SPRM – ‘Itu Momen Paling Menakutkan’
Handsome
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, dipuji mempunyai rupa paras yang kacak di usia muda.
Pada perkongsian itu, Aliff meminta pengikutnya untuk meneka umurnya pada gambar yang dimuat naik.
Siapa pandai teka masa ini berapa umur saya.
Tekaan yang betul saya akan bagi hadiah beg.
Patut Datin suka
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan rupa paras usahawan berusia 37 tahun itu. Selain itu, warganet turut memahami keputusan isterinya, Datin Sri Nur Shahida mengahwini Aliff.
Sumber: TikTok @AliffSyukriKamarzaman