Pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega akhirnya bersuara susulan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan isteri, Aisyah Hijanah menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah & Suami Dilabel Penipu, Didakwa Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi?
Nafi terlibat
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, menegaskan bahawa dia dan Aisyah tidak terlibat dalam menerima komisyen sebanyak 20 peratus daripada kutipan derma seperti mana yang didakwa oleh satu page di Facebook (FB).
Menurut Alif, dia dan isteri hanya membantu satu badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan dana.
Ini bukan penjelasan menyeluruh, tapi fokus cuma pada satu hal. Dan saya dah tak kisah tentang nama Alif Teega. Orang nak burukkan silakan, orang nak hentam silakan. Moga Allah beri yang terbaik buat kalian.
Dan hari ni, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20 peratus dari sumbangan atau derma dari ‘jomdonate’.
Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan.
Saya langsung tak tahu tentang kewujudan pdf tersebut, saya hanya bantu NGO lain dapatkan dana.
Dan even muka kami digunakan tanpa consent ‘jomdonate’. Mungkin tawaran itu diberikan pada influencer lain tapi bukan pada kami. Kami lansung tidak terlibat.
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 30 tahun ini turut mempersoalkan tindakan pihak yang menyebarkan fitnah yang telah menyebabkan orang ramai percaya bulat-bulat bahawa dirinya dan isteri terlibat dengan isu tersebut.
Si penyebar fitnah pula bukan post dengan ‘pertanyaan’ tapi dengan ‘statement’.
Seolah-olah memang sah saya dan Aisyah terlibat dengan (isu komisyen) 20 peratus.
Dan pada waktu itu, saya cakap, saya tak terlibat langsung dan tak pernah ambil (komisyen) 20 peratus.
Bukannya dia tak boleh tanya dulu, suaminya pun main bola dengan team kami.
Jangan percaya bulat-bulat
Di akhir hantaran, Aliff menasihati orang ramai untuk tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan sebelah pihak secara bulat-bulat tanpa mendapatkan penjelasan yang sebenar.
Sana cakap macam ni, yang sini cakap pula macam ni. Sahabat semua, kita hidup di zaman media sosial.
Banyak berita-berita fitnah tersebar. ‘One sided story’, menghukum berdasarkan spekulasi dan dari sumber yang kita tak tahu, ada hal yang kita dengar tapi tak semestinya kita perlu dengar.
Tambah Aliff, dia juga tidak ambil pusing sekiranya terus menerima kecaman dan sama sekali tidak akan berdiam diri seperti sesetengah orang.
Terdahulu, nama Alif dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari menjadi perhatian apabila didakwa telah melakukan penyelewangan kutipan derma untuk kepentingan peribadi.
Malah, perkahwinan Alif dan isteri keduanya iaitu Fatin Umaidah juga didakwa sebagai content (kandungan) yang dilakukan mereka semata-mata untuk meraih simpati dan publisiti.
Terbaharu, Alif memaklumkan dia dan isteri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan.
Malah, Alif turut menjelaskan bahawa segala sumbangan yang dibuat oleh pengikutnya di media sosial telah pun disampaikan kepada mereka yang memerlukan termasuklah dana madrasah.
Posting terbaharu Alif Teega
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Alif Teega