
Perkongsian semula atau repost dari akaun milik personaliti media sosial, Fatin Morat berkenaan perceraian telah menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: Fatin Morat Syukur Miliki Kereta Sendiri, Anak-Anak Sumber Kekuatan – ‘Saya Terus Berusaha Rawat Hati’
Artikel Berkaitan: Fatin Morat Terharu Sokongan Netizen, Produk Terima Sambutan Luar Biasa – ‘Sibuk Sampai Tak Sempat Tengok Langit’
Berpisah dengan baik

Menerusi repost di laman TikTok, Fatin berkongsi semula sebuah hantaran daripada seorang pengguna aplikasi tersebut, menekankan tentang sikap yang sewajarnya ada pada setiap individu selepas mereka mengambil keputusan untuk bercerai.
Allah ajar berpisah dengan maruah bukan dengan kebencian.
Akhlak dan adab

Dalam masa sama, pengguna aplikasi itu juga menyenaraikan 30 peringatan kepada pasangan yang berdepan dengan perceraian. Antaranya adalah tentang tingkah laku terhadap bekas pasangan, amanah dan adab.
Al-Quran tak pernah ajar cerai dengan maki, yang diajar ialah lepaskan dengan cara yang baik. Bukan aibkan dan bukan buka luka lama.
Allah sebut dalam Surah Al-Baqarah, bila cerai, lepaskan dengan ihsan. Jangan tahan untuk menyakiti dan jangan guna kuasa untuk balas dendam.
Kalau tak boleh teruskan sebagai suami isteri, teruskan sebagai manusia yang beradab.
Selain itu, hantaran tersebut juga menekankan tentang kesan perceraian terhadap anak-anak.
Anak-anak bukan alat tekanan, mereka bukan senjata dan amanah yang Allah akan soal.
Cerai itu perpisahan, bukan penghapusan kemanusiaan. Kahwin dengan niat baik, berpisah pun kena dengan cara baik.
Itu bukan kelemahan, itu akhlak.
Terdahulu, bekas suami kepada Fatin iaitu pempengaruh, Chazynash telah memfailkan tiga tuntutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Perlis.
Antara tuntutan yang difailkan adalah hadanah (hak penjagaan anak), permohonan interim inter parte hadanah dan tuntutan harta sepencarian.
Sebelum ini, Chazynash mengambil keputusan untuk menarik semula kemudahan yang disediakan serta pemberian mutaah terhadap Fatin.
Untuk info, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

