Personaliti media sosial, Fatin Morat menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan rezeki untuk memiliki sebuah kenderaan hasil titik peluhnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Fatin Morat Terharu Sokongan Netizen, Produk Terima Sambutan Luar Biasa – ‘Sibuk Sampai Tak Sempat Tengok Langit’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kuat’ – Hantaran Terbaharu Fatin Morat Undang Perhatian

Kereta sendiri

View on Threads

Fatin berkongsi tentang berita gembira itu di laman Threads dan mengakui tidak menyangka mampu untuk memiliki kenderaan tersebut.

Benda paling mengejutkan yang Allah bagi pada saya tahun ini adalah rezeki memiliki kereta sendiri dengan hasil sendiri.

Alhamdulillah, walaupun pernah merasa kereta rosak di tepi jalan, anak-anak tetap gembira untuk menggembirakan saya supaya tak stres.

Dalam masa sama, Fatin turut menghargai kehadiran tiga cahaya matanya yang disifatkan sebagai sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas diuji dengan perpisahan bersama bekas suami.

Merekalah orang pertama yang buat saya okay semula, tidak kira keadaan apa pun walaupun kadang-kadang saya marah sebab emosi tak stabil..tetapi mereka tetap ada.

Kadang-kadang saya penat, stres, buntu tapi sebab fikirkan mereka saya kuat dan terus berusaha rawat hati.

Menurut Fatin, bukan mudah untuk bangkit semula, malah fasa sukar yang dilalui bukan hanya dirasai oleh diri sendiri, sebaliknya turut memberi kesan kepada anak-anak.

Proses pulih itu ambil masa, hari ini kuat esok menangis semula tapi Alhamdulillah sebab adanya mereka saya tetap usaha untuk beri yang terbaik kerana ujian yang menimpa turut heret mereka dalam perasaan kehilangan dan perpisahan yang terlalu berat untuk usia mereka.

Semoga Tiara, Adresia dan Adreena membesar menjadi orang yang berjaya dan selamat dunia akhirat.

Terima kasih anak-anak mommy, ini semua rezeki kalian.

Untuk info, pempengaruh, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Sumber: Threads