berita

‘Allah Bagi Pinjam Kakak Tak Lama’ – Kakak Wafariena Roslan Meninggal Dunia Selepas Bersalin

November 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Jodoh, rezeki, ajal dan maut memang sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Kita sebagai orang Islam hendaklah berserah dan percaya dengan takdir yang telah ditentukan ini. Namun, tidak dapat dinafikan menerima berita pemergian insan tercinta terutamanya ahli keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Itu lah yang dialami oleh penyanyi dan pelakon terkenal, Wafariena Roslan selepas kakak tersayang pergi menghadap Ilahi.

Al-fatihah

Pemergian yang dicemburui- Syahid. Al-fatihah. Allah bagi pinjam kakak tak lama. Baby comel sangat, macam muka kakak.

Pelakon yang pernah membintangi drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini menerusi Instagram Story meluahkan rasa sedih dengan pemergian kakak tercinta. Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas melahirkan seorang bayi lelaki.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 25 tahun ini juga mengakui bayi lelaki itu memiliki raut wajah seiras dengan Allahyarham.

‘Adik baby kena kuat’

Adik baby kena kuat, adik baby ganti tempat mama tau. Semua orang tengah tunggu adik baby ni.

Isma Zafri Anaqi. Nama yang diberi oleh arwah. Hari ini baby dah bagi sikit tindak balas. Alhamdulillah, mohon doa yang baik-baik dari semua yang membaca. Terima kasih banyak.

Sementara itu, Wafariena juga sempat berkongsi gambar bayi comel yang diberi nama Isma Zafri Anaqi. Menurutnya, Allahyarham sempat memberikan nama buat anak tercinta.

Difahamkan, Isma kini sedang mendapatkan rawatan di hospital dan telah menunjukkan respon yang agak baik. Walaupun begitu, Wafariena meminta kepada orang ramai supaya mendoakan kesihatan Isma.

Sumber: Wafariena Roslan

SKIP THIS AD ×