![[VIDEO] ‘Isteri Boleh Terima Tak Ada Anak, Ubat Terbaik Dengan Berkasih Sayang’– Siti Elizad](https://asset.ohbulan.com/2026/03/siti-elizad-2.jpg)
Pelakon Siti Elizad menegaskan bahawa kekuatan seorang isteri bergantung kepada sokongan dan kasih sayang pasangannya.
Artikel Berkaitan: Siti Elizad Terkilan Suami Dikutuk, Dedah Rumah Tangga Bahagia Cara Sendiri – ‘Hidup Kami Tak Berlumba Dengan Orang Lain’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Tak Buat Perangai Saya Dah Happy’ – Siti Elizad
Tidak patut abaikan perasaan isteri
Menerusi perkongsiannya di program Nona, pemilik nama Siti Elizad Mohd Sharifuddin menegaskan bahawa ubat terbaik untuk menghadapi konflik dalam rumah tangga adalah dengan berkasih sayang antara satu sama lain.
Menurutnya, jika seorang isteri bersedih, suami tidak sepatutnya mengabaikannya atau berpura-pura tidak tahu.
Walaupun tak ada anak, isteri ini okay sahaja boleh terima, andai kata suami manjakan dia dan ambil tahu pasal isteri.
Saya kena pesan kepada para suami, bahawa kekuatan seorang isteri adalah daripada pasangannya.
Ubat yang terbaik adalah dengan berkasih sayang.
Kalau isteri tengah bersedih, jadi si suami pun janganlah abaikan dan buat tak tahu.
Cari jalan penyelesaian

Tambah pelakon drama Teman Lelaki Upahan, apabila timbul masalah, pasangan perlu mencari jalan penyelesaian dan tidak membiarkan ketegangan berlarutan.
Kalau ada masalah, keluar sahaja daripada situ.
Jangan duduk dalam masalah itu terlalu lama.
Kalau memang dah tak boleh dengan pasangan, ambil sahaja langkah seterusnya.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
