berita

‘Allah Bersamamu Meskipun Tidak Bersunat’- Mohd Ridhuan Tee Balas Kenyataan Tun Dr Mahathir Tentang Isu Rayani Air

January 11th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

rayani

Baru-baru ni dalam temubual bekas Perdana Menteri bersama sebuah portal berita, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa syarikat penerbangan yang berkonsepkan patuh syariah, Rayani Air hanya menggunakan nama Islam dan ingin kan keuntungan.

Sehubungan dengan itu, Penceramah bebas terkenal Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberi kenyataan balas dan kongsi pendapat beliau tentang hal ni..

‘Sekurang-kurang dia ada hati dengan Islam’

Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah membalas kenyataan sesetengah pihak mengenai syarikat penerbangan baru Rayani Air yang berkonsepkan Islamik hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Tambah penceramah ini, Rayani Air lebih memahami tentang budaya masyarakat di Malaysia ni walaupun pemilik Rayani Air bukan lah beragama Islam.

Mungkin ada yang berkata, ini wayang sahaja, bagi mendapat keuntungan.

Pada saya, wayang pun wayanglah, sekurang-kurang dia ada hati dengan Islam. Cukuplah. Daripada berkawan dengan ultra kiasu sekian lama, tetapi makin tegar dan kuat menentang Islam.

‘Kita tidak tegas’

Baru-baru ni, Tun Dr Mahathir dalam temubual bersama sebuah portal berita mengatakan konsep patuh syariah yang diterapkan Rayani Air hanya untuk mendapatkan untung dan menggunakan nama agama Islam sahaja.

Selain itu, Mohd Ridhuan turut mempersoalkan ketegasan kerajaan dan pemimpin dalam melaksanakan konsep Islamik dalam syarikat penerbangan di Malaysia. Tidak seperti negara di Brunei yang sangat ‘strict’ walaupun penduduk Islam lebih kecil.

Jawapannya, mudah. Pemimpin di sana (Brunei) ada willpower. Kita bagaimana. Tidak bertegas. Terperangkap dalam permainan undi. Meskipun mereka tidak pernah mengundi kita, walaupun dalam satu Barisan.

Inilah nasib Melayu. Terlalu memberikan, sehingga orang lain naik kepala.

Ini 8 sebab kenapa syarikat bukan Islam kena patuh kehendak syariah

Mohd Ridhuan juga beri sebab kenapa syarikat bukan Islam harus mematuhi dan patuh kepada kehendak syariah;

Pertamanya Malaysia adalah negara Islam dan Islam merupakan agama Persekutuan.

Kedua, ajaran (agama) apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas yang amat ditegaskan dalam Islam.

Ketiga, jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk terkangkang kerusi kenderaan awam perlu dirapatkan pahanya. Biarkanlah terbuka.

Keempat; isu pramugari menanggis kerana terpaksa berpakaian seksi dan melayan penumpang minum arak.

Kelima adalah isu pesawat penerbangan yang terpaksa berpatah balik gara-gara penumpang mabuk baru-baru ini juga perlu diambil pengajaran.

Keenam, pelancong datang bukan nak minum arak tetapi melihat negara, budaya dan cara hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik dari kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport daripada mereka.

Ketujuh, sama juga membuat pertunjukan rock, R&B dan lain-lain budaya barat kepada pelancong. Bukankah sepatutnya inang, zapin, keroncong, caklempong dan lagu-lagu etnik Cina, Sabah dan Sarawak

Kelapan, apa sebenarnya identiti Malaysia saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi lebih barat dari barat, sehingga tidak mustahil jadi keparat

Akhir kata..

Mohd Ridhuan akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Rayani Air sampai bila-bila

Kepada Rayani Air, gua caya sama lu. Terbanglah setinggi yang kau mahu. Saya yakin, penumpang akan rasa selamat. Aku tetap akan memilihmu. Allah bersamamu meskipun tidak bersunat.

Sumber: Malaysian Digest

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×