berita

‘Allah Boleh Ambil Nyawa Bila-Bila Masa’ – Takut Tak Bersedia Apabila Dijemput, Rizalman Umum Bersara

February 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim yang hasil sentuhannya menjadi pilihan bukan sahaja selebriti malahan golongan atasan. Terlibat lebih 30 tahun dalam dunia fesyen, Datuk Rizalman diakui disegani semua penggiat industri fesyen tempatan. Terbaru, Datuk Rizalman mengumumkan akan bersara dan fokus kepada persiapan di hari kemudian.

Mahu pergi dalam keadaan bersedia

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Rizalman mengambil keputusan itu kerana bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa. Tambahnya, dia mahu melakukan persediaan secukupnya sebagai ‘bekalan’ sementara masih diberikan kudrat dan peluang untuk bernafas.

Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.

Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.

Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian.

Bercakap kepada media selepas pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya malam tadi, pemergian rakan-rakan pada usia muda menimbulkan rasa keinsafan dalam dirinya.

Serah legasi kepada pembantu

Pengumuman ini ternyata mengejutkan penonton yang hadir di persembahan pertunjukan fesyen terakhir malam tadi. Berangkat sama ke pementasan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang kreatif, Rizalman juga memiliki sosok peribadi yang ceria dan merendah diri membuatkan dia senang didekati peminat di media sosial. Dia juga memaklumkan akan menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantu peribadinya, Faizul Surani yang telah berkhidmat selama 15 tahun.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×