Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang dikandung selama 9 bulan jatuh sakit ketika usianya masih lagi kecil. Begitulah perasaan yang dialami wanita ini, Farah Natasha apabila anak perempuannya, Cempaka dilahirkan tanpa injap jantung.
Perlu jalani 4 kali pembedahan
Allah Allah Allah, ciptaan Allah. Baby kuat ya sayang, mama papa sayang sangat-sangat dekat baby. Anak bongsu kesayangan papa mama. Allah cipta baby ini tanpa injap jantung dan jantungnya berpusing. Jantung nya sebelah kecik sebelah besar. Baby Cempaka sehingga umur dia 5 tahun akan menjalani pembedahan 4 kali. Semoga dipermudahkan. Walau buat pembedahan 4 kali, jantung baby Cempaka tak sama macam semua orang. Mama papa sedaya upaya akan menyelamatkan awak sayang walau macam mana sekali pun. Hanya Allah yang tentu segalanya. Semoga Allah makbur doa-doa orang semua yang sayang baby Cempaka ni.
Menerusi perkongsian Farah Natasha di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa sedih melihat keadaan kesihatan anak bongsunya itu. Menurut wanita ini, Cempaka dilahirkan tanpa injap di jantungnya selain jantungnya itu berpusing. Difahamkan, anak kecil ini perlu menjalani 4 kali pembedahan sehingga umurnya mencecah 5 tahun. Dia dan suami akan sedaya upaya berusaha apa sahaja bagi memastikan Cempaka berada dalam keadaan sihat.
Pembedahan dilakukan
Baby Cempaka telah dihantar ke Gleneagles Kuala Lumpur pagi tadi. Doakan ya baby Cempaka selamat menjalani pecah belon dekat jantung esok pukul 8 pagi dan operation kedua akan berjalan setelah usia dia 2 minggu. Mama papa tahu adik seorang yang kuat. Mama papa bangga dapat anak seperti mu sayang. Mama papa sayang awak sangat-sangat. Terima kasih sayang hadir dalam hidup kami sekeluarga. Mama papa kuat demi mu sayang. Terima kasih suami, kawan-kawan ,kawan-kawan Facebook dan adk beradik banyak bagi semangat dekat saya. Semoga doa saya suami dan semua orang yang sayang kan baby ini Allah makburkan, Amin. Minta doa anak bongsu manja ni untuk bersama kami. Baby 8 hari baru saya tahu.
Sementara itu, wanita ini memaklumkan Cempaka kini dihantar ke Gleanegles, Kuala Lumpur untuk menjalankan rawatan lanjut dan akan menjalani pembedahan memecahkan belon pada jantungnya. Dalam kesempatan itu juga, dia meluahkan rasa penghargaan kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan serta orang ramai yang mendoakan kesembuhan Cempaka.
‘Awak kuat sayang’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa anak kecil ini. Tidak kurang juga, ada di antara netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui mereka.
Sumber: Farah Natasha