
Perkongsian milik usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa di Instagram Story (IGs) baru-baru ini meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Detik Pertemuan Dengan PU Riz – ‘Saya Tengah Cari Ustaz Untuk Pengisian Ramadan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’
Doa adalah akses kita kepada Allah

Neelofa yang berusia 36 tahun itu menegaskan akses kita sebagai hamba kepada Maha Pencipta sentiasa terbuka iaitu dengan cara berdoa.
Menurut Neelofa, doa tidak perlu dilakukan apabila merasakan ‘tepat’ namun boleh dilakukan pada bila-bila masa dari hati yang ikhlas.
Doa cuma perlu hati yang hidup. Kita kena mula saja cakap dengan Allah, macam luah dekat kawan baik.
Dalam hidup ini, bila kita rasa sudah tiada jalan, semua usaha macam tidak berhasil, apa yang dirancang pun jadi buntu, kita selalu lupa satu jalan paling luas masih terbuka iaitu doa.
Doa itu akses kecemasan kita, akses harian, sepanjang hayat dan kadang-kadang satu doa yang jujur lebih dari cukup untuk ubah segalanya.
Dalam pada itu, Neelofa juga menzahirkan rasa bimbang apabila umat Islam dilihat jarang berdoa walaupun caranya sangat mudah.
Allah S.W.T sudah memberi umatnya akses secara terus yang tidak perlu tunggu giliran, tanpa ada protokol.
Kita juga tidak perlu tunggu waktu yang sesuai pun. Berdoa tidak semestinya kena pakai telekung, ada wuduk dan meghadap kiblat.
Kadang tengah lakukan rutin harian seperti memandu, lipat baju dan lain-lain pun masih boleh berdoa.








