Umum mengetahui, penyanyi Aepul Roza merupakan juara The Hardest Singing Show (THSS) musim pertama.
Di Instagram, isteri Aepul iaitu Leez Rosli memberi ucapan dan pesanan istimewa buat suaminya bersempena kemenangan yang diraih, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000!
Artikel Berkaitan: Pasangan Aepul, Leez Rosli Juara Famili Duo, Nyanyian Haziq Hussni & Isteri Terima Pujian
Jangan lupa diri
Menurut Leez, dia berharap suaminya tidak mendabik dada dan berbangga diri dengan kejayaan yang dimiliki. Tambah Leez, dia mahu Aepul sentiasa merendah diri. Sebagai isteri, Leez berkata, dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat suaminya itu.
Mungkin ini kejayaan yang kecil bagi sesetengah orang, tapi ini merupakan the hardest moment yang saya dan pasukan takkan lupakan. Allah dah bagi rezeki sebegini, jadi diri sendiri dan sentiasa merendah diri, jangan sombong. Kalau sombong dengan perempuan lain tak apa, jaga setiap amanah Allah sebaiknya seperti selalu.
Jangan lupa diri, saya sentiasa ada di belakang awak dan mendoakan yang terbaik buat awak!
Disoal mengenai persembahan suami secara menyeluruh, Leez meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana segala urusan yang dirancang dipermudahkan Allah SWT.
Ujar Leez, suaminya hampir terjatuh daripada aksi bermain drum secara terbalik 90 darjah ketika sesi latihan.
Allah permudahkan semua urusan, setiap pergerakan atas pentas dari Aepul, penari, Dramaband, kostum dan prop semua tersusun cantik.
Hidraulik drum tu paling risau sebab masa rehearsal drum tu naik 90 darjah tiba-tiba kerusi patah dan tercabut. Nasib baik Aepul sempat tahan pakai kaki, kalau tak penyek muka lakiku.
Di akhir posting, Leez sempat berseloroh meminta upah daripada suaminya selepas menjadi cameo di dalam persembahan konsert minggu keempat.
Suamiku, ada hadiah besar untuk isterimu kan? Penat tau saya menyorok belakang platform sepanjang persembahan ilusi LED hari tu, keluar tv tak sampai seminit pun.
Sumber: Leez