berita

‘Allah Lebih Sayang Mama’ – Selepas Ayah, Ibu Irwansyah Pula Meninggal Dunia Akibat Covid-19

August 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas beberapa minggu bertarung nyawa di hospital disebabkan wabak Covid-19, ibu kepada penyanyi popular Indonesia, Irwansyah iaitu Herlianah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Kehilangan idolaku

Sedih sangat rasanya kehilangan idolaku. Salah satu orang yang paling aku cintai. Orang yang selalu memberikan nasihat bukan dengan lisan, orang yang mencontohkan perbuatan-perbuatan yang selalu bikin aku makin jatuh cinta sama Allah. Rindu rasanya dekat dia, memeluk dia, mencium dia dan beritahu Irwan sayang sangat dekat mama. Irwan yakin mama, Allah lebih sayang mama dibanding kami semua kerana sejatinya Allah itu paling mencintai umatnya melebihi kita, apa lagi umat Rasulullah.

Di Instagram, Irwansyah meluahkan rasa sedih dan rindu terhadap arwah ibunya. Menurut Irwan, dia yakin Allah lebih menyayangi ibunya daripada mereka semua. Tambah Irwan, ibunya seorang isteri dan ibu yang sangat baik. Ujarnya lagi, pemergian ibu tercinta pasti akan meninggalkan kesan yang teramat buat dirinya selepas ini.

Allah lebih tahu

Allah lebih tahu yang terbaik buat mama. Allah lebih tahu cara membahagiakan mama. Allah lebih tahu segalanya dari kita. Allah ambil mama kerana Allah sayang sangat sama mama. InsyaAllah Allah sudah gugurkan semua dosa-dosa mama. Semoga kita bertemu semula nanti di syurga Allah. Terima kasih saudara-saudaraku yang telah mendoakan mama. Semoga Allah balas kebaikan kalian.

Di akhir posting, Irwansyah yakin ibunya sudah tenang di alam sana. Sebagai anak, Irwan berterima kasih kepada arwah ibunya kerana berjaya mendidik dan membentuk dirinya menjadi insan yang berjaya. Kasih sayang yang pernah diberikan oleh ibu tercinta termasuk memori indah bersama, sudah pasti akan diingat sampai bila-bila ujar Irwan. Pada bulan Julai yang lalu, ayah Irwansyah iaitu Umar Effendi turut disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: Irwansyah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×