Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan dibuat aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak perlu merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Terpegun Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza – ‘Tak Make Up Pun Dah Macam Bidadari’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Perlu Pelik Bila Orang Tak Bertudung Bagitahu Mereka Solat?’ – Diana Danielle
Manusia suka menghukum
Nora atau nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, yang salah adalah sikap segelintir masyarakat yang suka menghukum.
Tidak salah mereka yang mencari hidayah Allah, tidak kira apa cara sekali pun. Yang salah bagi kita yang senang sangat menghukum.
Semua itu aturan-Nya, bila tiba masanya mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita.
Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, Nora memberitahu, Allah melihat kualiti bukan kuantiti seseorang yang mahu mengubah diri mereka menjadi insan lebih baik.
Allah lihat kualiti bukan kuantiti. Kita sama-sama doakan yang baik boleh?
Terdahulu, Diana menerusi ciapan di platform X terkilan dengan reaksi segelintir wargamaya selepas dirinya memaklumkan lebih selesa untuk mengadu segala ujian kepada Allah S.W.T.
Sumber: Instagram