
Pelakon Ozlynn Wati tampil berkongsi pengalaman menyentuh hati mengenai rutin hariannya sebagai seorang ibu yang sentiasa prihatin terhadap anak-anak serta rakan-rakan mereka.
Artikel Berkaitan: Ozlynn Sebak Bila Tahu Keadaan Azar Azmi – ‘Yang Ada Anak Saja Akan Faham, Ibu Tak Makan Tak Mengapa…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Dedah Kebaikan Ozlynn, Pernah Hulur Bantuan Saat Susah – ‘Aku Dapat Beli Susu Anak’
Kawan anak teringin nak makan nasi lemak

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman apabila ternampak kumpulan WhatsApp anaknya bersama rakan-rakan sebaya yang merancang untuk keluar bersama.
Ternampak group WhatsApp anak, namanya ‘Geng Jalan-Jalan Aeon’.
Bila nampak group itu, saya pun membebel, ‘Baru darjah 5 dah pandai nak keluar mall dengan kawan ya?’.
Tapi jawapan anak saya terus membuatkan saya berfikir panjang, ‘Ibu, saya dengan kawan-kawan nak pergi Aeon itu nanti bila kami sudah darjah 6 sebab nak simpan duit dahulu, kami nak pergi Wonderland’.
Bagaimanapun, hantaran itu turut menarik perhatian Ozlynn atau Rozlinawaty Ismail, 45, yang berkongsi bahawa walaupun sering pulang lewat dari penggambaran, dia tetap berusaha memenuhi permintaan anak-anak apabila dimaklumkan rakan mereka teringin merasai nasi lemak masakannya.
Saya suka ibu-ibu yang prihatin dengan kawan-kanak anak ini.
Kadang-kadang saya balik dari shooting jam 2 pag atau 3 pagi, anak-anak bagitahu yang kawan-kawan dia teringin nak makan nasi lemak saya masak.
Tapi mereka ini takut nak bagitahu saya.
Kongsi rezeki

Dalam pada itu, Ozlynn sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sambal dan memasak nasi lemak, serta memanfaatkan apa sahaja yang ada sebagai rezeki untuk dikongsi bersama.
Saya bangun pagi dan gigih buat sambal, masak nasi dan nasib ada stok ayam, rezeki anak-anak dan kawan-kawan dia.
Sampai 40 bungkus bekal nasi lemak saya bagi untuk anak-anak.
Bila tengok dorang semua makan sampai licin, hilang penat saya.
Dalam masa sama, dia mengakui akan segera bertindak apabila mengetahui ada rakan anak-anak yang tidak mampu membeli makanan, dengan memastikan mereka turut menerima bekalan pada keesokan harinya.
Kadang-kadang anak cakap kawan dia tak ada duit nak beli makanan, saya pun berdesup sediakan bekal untuk esok hari.
Sumber: Threads








