berita

‘Allah Takdirkan Erina Dengan Saya’ – Zulin Aziz Kongsi Gambar Anak Angkat

March 6th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Cerita tentang pengambilan anak angkat dalam kalangan usahawan dan artis tempatan bukanlah satu perkara yang baru dan ia seolah-olah telah menjadi satu fenomena di Malaysia.

Kini tiba pula giliran bagi penyampai radio Sinar FM, Zulin Aziz berkongsi bersama peminat tentang keputusannya untuk mengambil anak angkat.

‘Akhirnya Allah takdirkan Erina dengan saya..’

 

Zulin Aziz telah memuatnaik sekeping gambar kanak-kanak perempuan yang sangat comel dan menjelaskan bahawa dia sudah lama mencari anak angkat dan sememangnya telah ditakdirkan untuk menjadi ibu kepada kanak-kanak tersebut.

‘Bukan mudah jadi ibu.. nak jaga bukan macam main patung Barbie’

Dia mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, namun dia pasti akan mencuba yang terbaik.

‘Peminat doakan yang terbaik’

Status yang dikongsikan itu telah meraih sebanyak 5,986 tanda suka dan rata-rata peminat juga menzahirkan doa yang baik buat Zulin Aziz. Admin doakan semoga Zulin Aziz dimurahkan lagi rezeki lepas ni.

‘Dah susun jadual untuk anak’

Melalui insta story pula, Zulin telah menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut dah pun tinggal bersamanya. Siap ada jadual lagi Zulin sediakan! Zulin juga tidak lupa untuk menzahirkan kegembiraannya mendapat anak angkat menerusi perkongsian tersebut. Tahniah Zulin!

Credit: ZulinAziz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×