Sedar tak sedar, sudah setahun anak sulung kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar asrama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan.
Artikel Berkaitan: Tunggu Anak Solat Jumaat Tepi Jalan, Netizen Touching Tengok Pengorbanan Rita Rudaini – ‘Simpan Kenangan Ni Sampai Akhir Hayat’
Artikel Berkaitan: ‘Hebatnya Tenaga & Emosi Yang Allah Hadiahkan…’ – Rita Rudaini Throwback Video Anak Masa Kecil
Anak jadi saksi kisah suka duka
Terbaru, Rita tampil memuat naik hantaran di Instagram (IG) memaparkan video sewaktu kali pertama menghantar Ryan ke sekolah berasrama itu sambil meluahkan rasa sebaknya.
Malam ni hati mommy tiba-tiba sebak, sayu sangat. Dah setahun Ryan belajar hidup berdikari jauh dari mommy. Setiap malam Ryan tak lupa call ucap ‘gudnite & I love u mommy’.
Masa ni mommy tahan air mata dan tahan sakit, sakitnya tak sesakit di khianati dan di tinggal kan dulu.
Tambah Rita, Ryan merupakan anak sulungnya yang sentiasa ada melihat kisah suka dan dukanya sewaktu mula-mula berpisah dengan bekas suami beberapa tahun yang lalu.
Kita tak pernah berenggang, ke mana saja mommy bawak Ryan. Ryan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan mommy. Ryan yang banyak kena tempias, Ryan saksi segalanya.
Meskipun menjadi anak yang banyak menjadi saksi kepada suka dan duka kehidupannya, pelakon filem Sumpahan Malam Raya itu meluahkan rasa syukurnya kerana Rayyan dapat dibesarkan dan menjadi anak yang sangat baik.
Alhamdulillah kamu membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati, Ryan anak yang sangat baik, tidak pernah sesekali tinggi suara pada mommy, patuh setiap kata-kata mommy. Maafkan mommy, mommy banyak salah pada Ryan.
Di akhir luahannya, Rita berharap agar anaknya itu tidak risau akan dirinya yang sudah lali untuk berkorban.
Untuk info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum bercerai pada tahun 2013.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram