Penyanyi kelahiran Indonesia, Allan Anderson sertai uji bakat Calpis Soda One in A Million (OIAM) dan berjaya melepasi pusingan pertama dan kedua di Kuantan, hari ini.
Artikel Berkaitan: Lebih 2,000 Orang Hadiri Sesi Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuala Lumpur! Idayu, Salma Asis & Alina Hassan Turut Cuba Nasib
Artikel Berkaitan: Calpis Soda One In A Million Kembali Selepas 15 Tahun! Penyanyi Berpengalaman Pun Boleh Cuba Nasib, Jom Semak Lokasi Ujibakat
Kembangkan bakat di Malaysia
Menurut pelantun lagu ‘Rindu’ itu, dia merasakan uji bakat ini sesuatu yang perlu dicuba dengan hadiah lumayan yang ditawarkan.
Saya difahamkan uji bakat ini turut dibuka untuk peserta negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang. Syukur kerana saya berjaya melepasi dua pusingan di sesi uji bakat.
Saya akui gementar namun saya kuatkan diri dan mencuba nasib. Bagi saya, Calpis Soda OIAM adalah pertandingan yang unik dan hadiah lumayan bernilai RM1 juta itu merupakan sesuatu yang sangat menarik.
Ujarnya, dia ingin cuba mengembangkan bakat di Malaysia.
Saya bersyukur kerana mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia. Peminat di sini memberikan respons yang sangat baik. Jadi, saya mahu mencari tapak mengembangkan lagi kerjaya di Malaysia yang sudah saya anggap sebagai rumah kedua.
Saya berharap ada rezeki saya untuk ke peringkat seterusnya dan menjadi finalis Calpis Soda OIAM.
Selain Kuantan, uji bakat pencarian penyanyi yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta ini turut diadakan di Kuching, Sarawak hari ini dan esok.
Uji bakat Calpis Soda One In A Million akan diteruskan pada hujung minggu ini di Kuantan City Mall, Pahang dan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 dan 24 November 2024.
Penyanyi Haqiem Rusli bakal turut serta dalam membuat persembahan untuk pengunjung uji bakat Calpis Soda OIAM di Kuantan, Pahang dan penyanyi Sufian Suhaimi di Kuching, Sarawak.
Barisan juri di Kuantan pada hari pertama akan menampilkan Indah Ruhaila dan Sarah Ismail, manakala hari kedua menyaksikan Ara Johari bersama Sarah Ismail.
Di Sarawak pula, Bob Yusof dan Shaffiq Erwin bersedia mengambil alih tugas juri.
Kepada mereka yang tidak berpeluang hadir, mereka masih boleh menyertai melalui Uji Bakat Dalam Talian, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara sehingga 24 November ini.
Jadi, tunggu apa lagi warga Pahang dan Borneo? Sertai uji bakat Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.