Seperti yang diketahui ramai, pelakon, Datin Almy Nadia sering menerima kecaman dari sesetengah wargamaya yang mengutuk bentuk badannya yang dilihat semakin berisi selepas melahirkan anak.
Terbaru, Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sikap sebenar suaminya, Fizz Fairuz.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik’ – Fizz Fairuz Suka Almy Nampak Berisi
Fizz tak bagi kurus
Menerusi potongan video di TikTok, pelakon Dunia Baru itu mendedahkan suaminya tidak memberikan keizinan untuk menurunkan berat badan kerana sukar untuk dipeluk.
Suami aku tu bongok. ‘Ma janganlah Ma kurus Ma, kalau kurus nanti you tak ada bontot Ma’.
‘Kalau you kurus, tak ada bonggol-bonggol I nak peluk, I nak gigit-gigit.’ Ha itu suami aku.
Almy turut berkata, sebab suaminya itu tidak membenarkannya untuk kurus adalah kerana masih menyusukan anak-anak dan tidak menyarankannya untuk melakukan diet berlebihan.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terus memberikan semangat kepada Almy dan mendoakan agar pelakon itu terus sihat.
Di samping itu, ramai yang memuji Fizz Fairuz kerana bersikap terbuka dan sama sekali tidak kisah dengan saiz badan isterinya itu.
Sumber: TikTok