Ahad lalu telah berlangsungnya majlis cukur jambul dan aqiqah untuk cahaya mata pertama pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz, namun ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan menyatakan majlis itu terlalu mewah dan bertentangan dengan agama dan budaya.
Kongsi Rezeki
Almy juga menjelaskan bahawa niat mereka adalah untuk berkongsi rezeki dengan keluarga terdekat dan sanak saudara;
Syukur, Alhamdulillah. Itu rezeki Almy untuk beri adik-adik tahfiz dan kumpulan marhaban makan. Itu juga rezeki suami Almy kongsi untuk kasi sanak saudara terdekat makan.
Malah, ini juga rezeki semua dapat tengok muka anak kami. Kenapa perlu cakap kami membazir? Dari segi segi apa yang membazir?
Almy bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar. Almy tak kisah, yang penting niat kami adalah untuk kongsi rezeki bersama
Apa-apa pun kami ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan popular ini dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama!
Sumber: Sinar Harian