Pelakon, Datin Almy Nadia akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya yang diberi nama Nur Afrina Alisya selepas dua bulan melahirkan menerusi perkongsian di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Cahaya Mata Kelima
Kongsi wajah anak
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dibuat, pemilik nama Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah ini memuat naik beberapa momen memaparkan tumbesaran anak kelimanya itu kepada umum.
Menerusi ruangan kapsyen, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu meluahkan rasa syukur kerana anak perempuannya itu membesar dengan sangat baik.
Assalamualaikum semua aunty dan uncle, Alhamdillah ini adalah ‘princess’ kelima mama dan papa.
Hari ini dia dah berusia dua bulan lebih. Saja mama (Almy) tunjuk gambar dia atas penimbang sebab dia sihat dengan jayanya, Alhamdulillah.
Nama dia Nur Afrina Alisya, panggil Alisya ja.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa terpegun dan teruja mereka melihat kecomelan yang ada pada Alisya.
Sekadar info, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan empat anak perempuan lain iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Untuk makluman, mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, yang kini berusia 15 tahun.
Sumber: IG Almy Nadia