Pelawak Along Cham mengakui menerima berita mengenai kehamilan isterinya, Afreena Suhaimi sewaktu ditahan di penjara Sungai Buloh, Disember tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana Sumbangan Lebih RM100,000 – ‘Konon Untuk Uruskan Saya & Anak’
Artikel Berkaitan: Along Cham Dakwa Afreena Langgar Tiga Perjanjian Taklik, Gelar Isteri ‘Mak Lampir’ Sebab Menipu & Belakangkan Suami
Isteri gugur
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, bagaimanapun hanya mengetahui mengenai keguguran isterinya selepas dibebaskan daripada penjara pada Isnin.
Saya dapat tahu perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serah kepada Allah.
Saya doa dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.
Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil).
Along berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.
Pagi tadi, tiada angin tiada ribut, Along dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.
Semalam, Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan Along tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.
Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.