berita

Altimet Serah Royalti Lagu ‘Aduh Malaysia’ Kepada Waris P. Ramlee – ‘Lagi Ramai Orang Nyanyi, Lagi Banyak Mereka Dapat’

December 8th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi rap dan penulis lirik, Altimet mengesahkan kesemua royalti bagi lagu ‘Aduh Malaysia’ yang diguna semasa PRU15 akan diberikan kepada waris seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Artikel Berkaitan: Sokong Kempen Kibar Bendera Putih, Altimet Akan Ronda Setiap Hari Jumaat Hulur Bantuan

Artikel Berkaitan: Aku Dah Penat, Kami Dah Penat, Setahun Lebih Kami Ikut Peraturan’ – Altimet

Royalti lagu

Difahamkan, lagu yang dinyanyikan oleh Altimet ini diambil dan diadaptasi daripada lagu ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ oleh Tan Sri P Ramlee dan sudah pun siap pada 2016 tetapi diolah semula pada 2021 dan 2022.

Susulan lagu ini telah digunakan oleh parti politik sepanjang kempen PRU15 berlangsung dan turut menjadikannya sebagai lagu latar untuk video di media sosial, ada pihak meminta Altimet untuk mengambil royalti bagi lagu tersebut.

Bagaimanapun, menerusi satu ciapan balas di laman Twitternya, Altimet memaklumkan royalti tersebut telah ‘dilepaskan’ kepada keluarga Tan Sri P Ramlee. Dalam masa yang sama, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad turut meluahkan ucapan terima kasih buat semua yang telah menularkan lagu ini.

Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ni ke waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnyanya dapat hasil harta intelek dia. Hak ni lupus 50 tahun lepas pencipta meninggal. Lagi ramai orang nyanyi lagi banyak mereka dapat. Jadi, terima kasih semua.

SKIP THIS AD ×