Pelakon dan penyanyi Alvin Chong berkongsi pengalaman bekerja dengan pelakon jelita, Siti Khadijah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alvin Chong ‘Mendonia’ Sampai Digilai Wanita Eropah – ‘Saya Tak Jangka Akan Berlaku Seperti Ini Di Itali’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Khadijah Fasih Berbahasa Inggeris, Netizen Tergamam Dengar Slang – ‘Beauty With Brain’
Berlakon dengan lain bangsa
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Alvin akui takut untuk bekerja dengan Siti kerana sudah lama berehat daripada berlakon.
Menurutnya, Siti juga tidak pernah ada pengalaman bekerja dengan pelakon yang berbangsa lain selain Melayu.
Nak cerita sikit, pertama kali kerja dengan Siti.
Mula-mula takut tiada chemistry sebab Siti tak pernah bekerja dengan pelakon yang lain bangsa.
Saya pula sudah lama tidak berlakon, baru nak buat comeback.
Perangai sebenar
Walau bagaimanapun, rasa itu hilang setelah Siti memuat naik di Instagram Story (IG Stories) tentang dirinya yang dianggap pendiam.
Siti muat naik di Instagram Story cakap saya pendiam. Tak banyak borak.
Saya pun apa lagi, terus bagi dia perangai sebenar.
Sampai asyik tergelak di set penggambaran.
Dalam pada itu, Alvin mengucapkan terima kasih pada Siti kerana menjadi salah seorang dalam drama yang mereka bekerjasama.
Sumber: TikTok @alvin