berita

Alyah Disangka Mengandung Apabila Berkunjung Ke Klinik

October 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-13 at 10.36.48 AM

Seperti sudah menjadi kebiasaan, jika ada sahaja pasangan yang baru berkahwin, persoalan mengenai cahaya mata pasti akan timbul.

Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan selebriti seperti Alyah dan suaminya, Ramli MS. Yelahkan, jika dihitung, perkahwinan mereka di Batam, Indonesia sudah pun lebih daripada setahun.

Disebabkan itu, hanya dek kerana Alyah mengunjungi klinik bersama seorang rakannya, dia dikatakan sedang hamil anak sulung mereka.

Screen Shot 2014-10-13 at 10.36.35 AM

“Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya. Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar.

Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu.”

Tak mengapalah Alyah. Anggap sahaja gosip yang tersebar itu sebagai satu doa buat perkahwinan yang dibina. Zuriat itu kan pelengkap hidup?

Sumber: mStar Online

Kredit foto: Instagram Alyah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×