berita

Alyah Lancar Video Klip Kau Yang Terindah

April 2nd, 2013 | by Ai
Video Popular

Video Klip Alyah

Pada 31 Mac lalu, penyanyi yang memiliki vokal mantap Alyah, telah melancarkan video klip rasmi untuk lagu hits-nya berjudul “Kau Yang Terindah.”

Lagu yang mendapat sentuhan kreatif daripada komposer terkenal Citra dan lirik ditulis oleh Erma Fatima ini secara umumnya pernah menjadi runut bunyi untuk drama bersiri “Kau Yang Terindah” lakonan Emma Maembong dan Neelofa yang pernah ditayangkan di Slot Akasi, TV3 tahun lalu.

Untuk video klip ini Alyah telah menggunakan khidmat jurusolek Bosco dan stail pakaian daripada Yana Husin.

Berikut kami lampirkan video klip rasmi “Hanya Kau Yang Terindah” khusus untuk semua peminat Alyah. Enjoice!