berita

Alyah Nafi Buat Bariatrik Untuk Lakukan IVF – ‘Dapat Anak Rezeki, Tak Dapat Pun Rezeki’

December 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Alyah Ramli MS

Penyanyi Datin Alyah menafikan dakwaan yang mengatakan dia membuat pembedahan bariatrik kerana mahu melakukan proses rawatan kesuburan persenyawaan in vitro (IVF).

Artikel Berkaitan: Alyah ‘Menangis’ Bila Hetty Koes Endang Puji Lagu Kisah Hati Versi Siti Nordiana Lagi Sedap

Artikel Berkaitan: Alyah Mohon Maaf, Tiada Niat Jatuhkan Air Muka Anak Peneroka Ladang Kelapa Sawit & Kebuh Getah

Bukan untuk IVF

Alyah Ramli MS

Ketika ditemui OhBulan!, Alyah berkata tujuan dia melalukan pembedahan bariatrik adalah disebabkan masalah gastrik yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Saya buat bariatrik bukan tujuan utama untuk buat IVF dan dapatkan cahaya mata. Tujuan saya buat pembedahan bariatrik kerana masalah kesihatan iaitu gastrik yang sudah lama saya hidap.

Setiap keputusan yang saya buat, saya berdoa dan minta kepada Allah. Fasal zuriat ini terlalu peribadi untuk dicakap. Adik beradik saya sangat ramai dan mereka semua ada cahaya mata.

Hanya saya yang tahu jawapan kepada setiap pertanyaan orang yang tanya kenapa masih tiada anak. Allah sebaik-baik perancang.

Alyah berkata demikian ketika ditemui di majlis perlancaran Kempen ‘Lose To Win’ yang berlangsung di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Dalam masa sama, isteri kepada maestro muzik terkenal, Ramli MS itu berkata, dia menyerahkan soal zuriat kepada Ilahi dan percaya dengan aturan-Nya.

Kalau orang sering tanya fasal anak, memang saya serahkan segalanya pada Allah. Sebab saya percaya segalanya datang dari Allah.

Bila saya serah segala pada Allah, perasaan dan hati saya lebih tenang. Dapat anak rezeki, tak dapat anak pun rezeki.

Saya juga ada anak saudara, anak abang saya. Kalau saya ada anak, kesian pada dia. Saya lihat baiknya perancangan Allah yang atur untuk saya.

Saya gembira dengan kehidupan yang sebegini, Suami pun okay. Mula-mula memang agak rimas, tapi sekarang tidak. Iya lah mungkin orang tidak tahu apa masalah yang saya lalui, dalam hati sahaja tahu.

Mudah untuk beribadah

Alyah Ramli MS

Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai pembedahan bariatrik, pelantun lagu Kisah Hati itu akui bersyukur apabila sembuh daripada masalah gastrik.

Dalam masa sama, dia juga gembira kerana dapat melakukan ibadah dengan mudah selain dapat menyanyi dengan baik selepas melakukan pembedahan tersebut.

Badan saya naik ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sampai cecah 72kg dan dicampur dengan masalah gastrik saya yang sangat teruk. Saya hidap gastrik bukan sebab tak makan tetapi salah makan. Ulang alik keluar masuk hospital sebab gastrik.

Ketika itu saya nak menyanyi pun agar sukar, lagi-lagi capai nada yang tinggi dengan keadaan badan yang agak berat. Tetapi sebelum saya ambil keputusan untuk buat pembedahan saya dah buat macam-macam cara termasuk diet dan bersukan.

Bariatrik bukan jalan pintas untuk kurus, tapi selepas buat pembedahan saya dapat balik kesihatan seperti zaman muda dahulu. Nak menyanyi pun mudah, nak solat tidak perlu lagi duduk atas kerusi. Alhamdulillah, bersyukur sangat.

Terima kasih kepada Doktor Mustafa kerana membantu saya dan kembalikan keyakinan diri saya.

Kempen ‘Lose To Win’ ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan, Rekrasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL).

Menerusi kempen ini, Su.Re Sihat KL mahu mengumpul dana bagi membantu 20 individu berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani program pengurusan obesiti.

Turut hadir pada pelancaran kempen tersebut ialah penyanyi Datuk Aishah, Doktor dan Pakar Saluran Gastro Usus dan Bariatrik, Doktor Mustafa.

SKIP THIS AD ×