berita

Alyah Rancang Anjur Showcase Pertengahan Tahun

January 1st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Alyah

Penyanyi Datin Alyah merancang untuk mengadakan showcase pada pertengahan tahun 2024.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Anggap Saya Wanita Lindungan Kaabah, Sebab Saya Pun Ada Angin Juga’ – Alyah

Artikel Berkaitan: Alyah Nafi Buat Bariatrik Untuk Lakukan IVF – ‘Dapat Anak Rezeki, Tak Dapat Pun Rezeki’

Showcase

Alyah

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, hasratnya untuk mengadakan showcase selepas melihat ramai penyanyi mula berbuat demikian termasuk menganjurkan konsert berskala besar.

Pada tahun ini iaitu 2024 saya meracang untuk mengadakan showcase memandangkan saya lihat ramai artis sudah mula mengadakannya, termasuk konsert.

Mungkin perancangannya pada pertengahan tahun, akan lihat semula bagaimana. Insya-Allah, semoga dipermudahkan.

Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran tudung jenama She Dazzle yang berlangsung di Ampang Glass House, baru-baru ini.

Dalam majlis sama, pelantun lagu Kisah Hati itu turut memperagakan salah satu koleksi terbaharu She Dazzle iaitu SHESCARVES

Untuk info, jenama terkenal She Dazzle mengimbangi perkembangan dan permintaan fesyen terkini dengan melancarkan koleksi skaf terbaru dengan membawa tema kebebasan dan kasih sayang.

Koleksi SHESCARVES yang membawa motif Monogram adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.

SHESCARVES yang berukuran 45×45 inci memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love.

SKIP THIS AD ×