Penyanyi Datin Alyah tampil memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina golongan peneroka kelapa sawit dan kebuh getah yang tular, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Datang Dari Kelapa Sawit Atau Kebun Getah’ – Alyah Nafi Kahwini Tok Ram Sebab Harta
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Dibina Awalnya Penuh Ribut Taufan & Tsunami, Akhirnya Harmoni’ – Alyah
‘Saya juga anak peneroka’
Menerusi hantaran di Instagram, Alyah berkata kenyataan tersebut telah disalah ertikan sehingga mengundang rasa kurang senang orang ramai terutama golongan anak peneroka atau tanah perancangan.
Alyah menjelaskan, dirinya tiada niat untuk menjatuhkan golongan tersebut kerana dia juga merupakan anak kepada peneroka.
Minggu lepas saya ada buat live TikTok dan niat saya hanya mahu menghiburkan peminat-peminat saya. Sambil itu adalah yang bertanyakan soalan mengenai rumah tannga. Saya pun kongsikan dengan ikhlas apa yang dilalui serta kesilapan yang pernah saya buat.
Dalam perkongsian itu rasanya tidak keterlaluan dan tidak mengaibkan sesiapa pun. Saya pernah terbaca komen yang mengatakan saya berkahwin dengan Tok Ram kerana harta.
Saya jawab soalan itu dengan nada melawak dan tiada niat lain. Jawapan saya, kahwin dengan Tok Ram bukan kerana harta? Saya bukan tiba-tiba keluar dari pokok sawit? Pokok getah? Saya langsung tidak berniat menghina anak peneroka.
Saya ingin buat kenyataan di sini, untuk apa saya menghina anak peneroka sedangkan mak saya anak peneroka kot. Maksud saya dalam perbualan itu, saya kahwin dengan Tok Ram di saat mana saya menjulang Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa, bukan tiba-tiba keluar dari parit.
Dalam masa sama, pelantun lagu Kisah Hati itu berkata dia berasal dari latar belakang keluarga yang susah, namun dengan bakat yang dikurniakan dia dapat mengubah hidupnya.
Saya faham bila jadi artis ni macam-macam orang akan perhati. Dah masak sangat sebab dah 23 tahun dalam industri seni. Saya memang anak orang susah tapi Allah rezekikan saya suara untuk saya mencari rezeki dan membantu keluarga.
Jadi isu saya kahwin dengan Tok Ram kerana harta itu memang tidak benar dan saya percaya jodoh milik Allah dan jodoh ini juga saya belajar banyak perkara baru untuk menjadikan saya lebih dewasa.
Terdahulu, Alyah menerusi sesi siaran langsung di TikTok berkongsi pengalamannya sepanjang melayari bahtera rumah tangga dengan maestro tanah air, Datuk Ramli MS.
Pada sesi tersebut, Alyah mengatakan ada netizen yang mendakwa dirinya mengahwini Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram disebabkan harta.
Susulan itu, Alyah menafikan dakwaan berkenaan dengan mengatakan dia juga mempunyai harta sendiri dan bukan datang dari ladang kelapa sawit atau kebun getah.
Sumber: Instagram