
Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi perkembangan terbaharu selepas enam bulan menjalani prosedur pembedahan bariatrik.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Tentukan Jodoh Kami Masih Panjang, Rushdi Suami Yang Baik’ – Nora Ariffin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Akan Peluk Dia & Minta Maaf Pada Diri Sendiri’ – Nora Ariffin Terima Baik Buruk Anak
6 bulan selepas bariatrik

Menerusi hantaran di Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafiza Dato’ Haji Wan Ariffin, 53, meluahkan rasa syukur apabila melihat pelbagai perubahan positif dari segi kesihatan, emosi dan gaya hidup.
Alhamdulillah dah masuk 6 bulan buat bariatrik. Banyak sekali perubahan positif yang berlaku. Kesihatan dan ketenangan yang baik tak boleh dibeli dengan duit.
Memang rasa macam ‘restart’ balik. New life, new habit, new lifestyle, new size, new circle. Paling happy bila tengok result, semuanya elok dan normal.
Nora turut mengakui sebelum ini dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan berat badan, namun sering berdepan cabaran.
Sebelum ini dah cuba buat macam-macam untuk maintain berat badan dan nak sihat. Paling banyak turun 8 kilogram. Being a foodie, bila berhenti, berat naik semula.
Bagaimanapun, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu berharap dapat kekal disiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Dalam pada itu, Nora menasihatkan individu yang melalui perjalanan sama supaya sentiasa mendapatkan panduan daripada pakar serta berada dalam lingkungan yang positif.
Paling penting dalam perjalanan ini, kena dengar nasihat dan panduan daripada doktor, change your circle. Be more positive.
Nora turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang membantunya sepanjang proses tersebut termasuk doktor yang memberikan bimbingan sebelum dan selepas pembedahan bariatrik.






![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)