Penyanyi rap, Alyph meluahkan rasa gembira apabila diva popular, Ziana Zain sudi berkolabrasi dalam album terbaharunya, The Storm.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sendiri Tak Sedar Jika Saya Ada Tatu. Mungkin Kena Periksa Semula Jika Benar’ – Alyph
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alyph Kongsi Nasihat Arwah Ibu – ‘Maafkan Orang Walau Apa Pun Dia Buat Dekat Kita’
Duet Ziana
Menerusi album tersebut, Alyph dan Ziana berduet sebanyak dua buah lagu iaitu Teman dan Gerak.
Alyph atau nama sebenar Alif Abdullah, 36, menyifatkan kerjasama itu sebagai salah satu impiannya yang sudah tercapai.
Saya memang mahukan Ziana Zain berduet dengan saya. Bukan satu tapi menerusi dua buah lagu.
Pada awalnya ada juga rasa bimbang kalau Ziana tidak selesa dengan konsep dan jalan cerita lagu tersebut tapi syukur dia terima.
Alyph berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi pra-dengar album The Storm yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kongsi penyanyi asal Singapura itu lagi, ketika proses menulis lagu tersebut, dia sudah membayangkan figura Ziana.
Sejujurnya ketika saya menggubah lagu Teman dan Gerak saya hanya boleh bayangkan Ziana Zain yang menyanyikannya.
Saya rasa bertuah apabila dia terima tawaran merakamkan lagu ciptaan saya. Apabila dia setuju kami terus rakamkan dua lagu tersebut sekali gus dalam tempoh sehari.
Berkongsi mengenai The Storm, Alyph memberitahu album itu memuatkan 12 buah lagu yang kesemuanya dicipta sendiri.
Lagu-lagu itu adalah Teman, Gerak, Sorok Muka, Red Flags, Saham Naik, Birthday Girl, The Line, Bestfriend part 2, Ingat, Mekar, Dari Jauh dan Siapa Yang Ajar. The Storm bakal berada di pasaran pada 24 Januari ini.