Isteri kepada aktor Aman Graseka iaitu Reena Arina, 34, memberitahu suaminya masih bergiat aktif sebagai pelakon.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Kami Sakit & Terpaksa Ditidurkan, Ini Bukannya Rekaan’ – Isteri Aman Graseka
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Sebuah Perkahwinan, Isteri Tak Boleh Jadi Imam’ – Ellie Suriaty
Masih berlakon
Kata Reena, sebuah naskhah terbaharu lakonan suaminya berjudul ‘Pungut’ bakal menerjah pawagam pada hujung Ogos ini.
Abang (panggilan Aman) masih berlakon lagi, masih aktif. 29 Ogos ini akan keluar filem baru lakonan abang.
Tajuk filem itu ‘Pungut’, akan keluar di pawagam nanti. Jangan lupa pergi tengok dan support.
Reena berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Menerusi sesi sama, Reena berkata, dia dan suami kini menjalankan perniagaan menjual pencuci mulut ‘jellyball’ di Tapak Bazar Ramadan Wismaria, Sungai Petani, Kedah.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Aman tiada sumber pendapatan sehingga terpaksa meminjam wang daripada beberapa rakan artis.
Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis oleh Aman dengan mengatakan dia tidak pernah menagih wang daripada sesiapa kecuali kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekatnya.