![[VIDEO] Netizen Dakwa Imuniti Badan Aman Graseka Tak Sesuai Kerja Sampai Pukul 3 Pagi, Isteri Tampil Beri Respon](https://asset.ohbulan.com/2026/06/aman-graseka2.jpg)
Isteri kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Areena tampil menjelaskan dakwaan segelintir warganet tentang isu melibatkan kesihatan suaminya.
Artikel Berkaitan: Anak Mas Idayu Dakwa Aman Graseka Dipaksa Kerja Dalam Keadaan Tak Sihat – ‘Papa Dah Sakit Teruk’
Artikel Berkaitan: Aman Graseka Masih Berlakon, Sibuk Berniaga ‘Jellyball’ Tepi Jalan Jana Pendapatan
Penjelasan isteri
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu meluahkan rasa gusar dengan keadaan kesihatan Aman dengan mendakwa imuniti badannya tidak mampu untuk bertahan jika bekerja sehingga lewat pagi.
Tidak berdiam diri, Reena menafikan perkara tersebut dan berkata, sejak kebelakangan ini mereka jarang pulang lewat.
Hari-hari ke saya berniaga? Yang awak tengok abang (Aman) sekarang ini, adakah sebab kami balik pukul 3 pagi?
Suami saya pun tak kata apa-apa, walaupun sakit anak tetap kena hantar ke sekolah.
Saya berniaga seminggu tiga ke empat kali sahaja, saya tak berniaga hari-hari.
Dalam masa dua bulan ini, saya rasa kami tak balik pun pukul 3 atau 4 pagi. Sebelum ini, ada tetapi bukannya selalu.
Menurut Reena, dia sama sekali tidak pernah meminta Aman untuk melakukan kerja-kerja berat semasa berniaga.
Sebelum ini balik jam 10 malam kalau mula berniaga petang. Suami saya pergi berniaga sahaja, bukannya dia angkat benda berat, dia duduk sahaja.
Dia bukannya warga emas lagi, sekalipun warga emas tetap kena bekerja juga..duduk sahaja pun tak sihat juga. Peluh tak keluar langsung.
Suami saya dia tolong buka payung dan susun barang, kemudian dia duduk..saya tak bagi pun dia buat kerja berat. Kalau mengantuk, dia akan masuk dalam kereta.
Justeru, Reena memohon agar warganet tidak mencetuskan sebarang spekulasi berkenaan kesihatan suaminya dan punca rezeki mereka.
Janganlah kecam tentang imuniti badan atau apa-apa. Sedangkan orang yang sakit pun kena kerja dan cari rezeki.
Jangan menghukum orang sesuka hati. Kalau saya tak berniaga, awak nak bagi ubat dan duit?
Terdahulu, anak kepada Aman iaitu Nurul Dayini Ashiqah memberi amaran tegas kepada seorang individu yang didakwa memaksa bapanya untuk terus bekerja meskipun berada dalam keadaan kurang sihat.
Sekadar rekod, Dayini merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Aman bersama bekas isterinya, Mas Idayu.
Sumber: TikTok








