
Penyanyi Liza Hanim akui tidak merindu untuk kembali berlakon kerana usianya yang semakin meningkat serta mengutamakan tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jadi Pengecut, Datang Jumpa Saya’ – Liza Hanim Beri Tempoh Pada Pembuli
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Usik Anak Kami, Yang Menyalak Pernah Belajar & Jadi Penyanyi Tak?’ – Liza Hanim
Tak rindu untuk berlakon

Ketika ditemui OhBulan!, Liza atau nama penuhnya Haliza Hanim Abd Halim, 46, memilih untuk memberi fokus pada keluarga dan bidang nyanyian.
Selain itu, Liza turut memaklumkan bahawa tiada tawaran yang menarik perhatiannya untuk kembali ke layar perak.
Saya tak rindu pun nak berlakon.
Kalau tiada pun tak mengapa. Tetapi kalau ada tawaran yang tak boleh ditolak, saya akan ambil.
Cuma sehingga kini, masih belum ada. Tawaran yang berbaloi untuk kita habiskan masa dan tenaga.
Saya masih ada anak kecil, saya kena utamakan mana yang perlu dahulu.
Berlakon perlukan masa yang panjang. Jadi, kalau nak saya berlakon, watak itu perlu betul-betul yang berbaloi untuk saya buat.
Liza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara.
Mengulas lanjut mengenai bidang lakonan, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu akui menerima banyak tawaran namun watak-watak tersebut disifatkan agak klise dan kurang memberi cabaran kepadanya.
Sepanjang tempoh tak berlakon, ada saja tawaran yang datang. Tapi macam klise, bila dah sampai umur sekian-sekian, mesti watak jadi mak orang atau datin.
Saya bukan pelakon. Jadi, kalau nak berlakon semula saya mahukan projek yang memberi impak.
Sekadar info, Liza Hanim terlibat dalam sebuah Iklan Raya hasil kolaborasi antara Laugh Out Loud Entertainment dan Milo di bawah arahan Nadhir Nasar.








