berita

Amar Baharin & Izreen Azminda Terus Bercinta

September 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-19 at 11.38.09 AM

Anda suka atau tidak jika pelakon kacak, Amar Baharin dan hot mama, Izreen Azminda yang mula meletop menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) ini meneruskan kisah percintaan mereka?

Mana taknya, walaupun drama KTAR dah lama menutup tirai, pasangan ini terus dihambat kisah percintaan. Menerusi foto-foto yang dimuat naik ramai yang menyangka bahawa pasangan ini sedang dilamun cinta.

Tapi, macam biasalah, mereka ni macam main tarik tali dengan media apabila diajukan soalan sedemikian .Tapi,hari ni kami ada berita baik buat anda semua sebab dengar khabarnya Amar dan Izreen akan terus bercinta! Awww, so sweet!

Screen Shot 2014-09-19 at 11.19.50 AM

Mungkin dek kerana penangan romantis yang mereka bawakan dalam KTAR, Izreen menerusi foto yang dimuat naik sebentar tadi memberitahu bahawa akan ada KTAR telemovie pula!

Ha.. mesti anda semua teruja kan nak tengok detik percintaan antara Tajul Razin dan Indah Harlina! Jangan tipu tau sebab setahu kami drama ni memang merupakan anatara rating tertinggi di TV3.

Nampaknya lepas ni makin banyaklah foto-foto romantis yang akan dimuat naik oleh mereka berdua. Mesti mereka akan kata bahawa ia sekadar promosi telemovie kan.

Tapi, kalau betul-betul bercinta pun tiada salahnya kan? Bagai pinang dibelah-belah gitu. Mana taknya, foto Izreen dan Amar yang menggayakan busana baju pengantin baru-baru ni untuk menjayakan projek ‘Jom Kahwin’ membuatkan peminat mahu lihat pasangan ini bersanding secara ‘real’!

Kredit foto: Instagram Amar Baharin & Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×